Kepa Nekad Tinggalkan Chelsea, Sanggup Dipotong Gaji

Kepa Arrizabalaga dilaporkan nekad untuk meninggalkan Stamford Bridge meskipun terpaksa dipotong gaji.

Situasi Kepa sejak kebelangkan ini dilihat agak sukar dan kerap memanaskan bangku simpanan.

Ia diburukan lagi semenjak ketibaan Edouard Mendy. Lampard lebih gemar menurunkan Mendy berbanding Kepa.

Semenjak tiba di Stamford Bridge, Mendy berjaya mempamerkan prestasi yang cukup cemerlang dan menjadi penjaga gol Chelsea pertama yang tidak dibolosi dalam lima perlawanan sejak Oktober 2010.

Prestasi cemerlangan Mendy, menyukarkan Kepa untuk kembali sebagai pilihan utama penjaga gawang Chelsea.

Kepa semakin kerap memanaskan bangku simpanan dan keadaan ini bakal menyukarkan peluang untuk mengisi tempat sebagai penjaga gol pasukan Sepanyol dalam Kejohanan Euro nanti.

Pengendali pasukan kebangsaan Sepanyol, Luis Enrique mahukan penjaga gol yang cergas menjelang kejohanan Euro dan menyarankan agar Kepa segera mendapatkan jam bermain atau bakal kehilangan tempat.

Bagi mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan, Kepa dilaporkan telah meminta pengurusan Chelsea untuk meminjamkannya ke kelab lain.

Bagi memastikan proses peminjamannya berjaya, Kepa dilaporkan bersedia gajinya dipotong selama tempoh pinjaman tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*