Jorginho Bakal Bergabung Semula Dengan Sarri, Kata Ejen

“Jorginho mempunyai ikatan peribadi dan profesional dengan jurulatih yang sangat kuat …” ujar ejen Jorginho

Bintang Chelsea, Jorginho boleh meninggalkan kelab untuk bersatu semula dengan bekas bosnya Maurizio Sarri, menurut ejen pemain itu.

Pemain tengah itu berada di Napoli ketika Sarri pertama kali menjadi pengurus kelab pada tahun 2015. Pemain Itali itu berjaya memimpin pasukannya menduduki tangga ke-2 Serie A.

Jorginho adalah sebahagian besar kejayaan Napoli pada masa itu. Sarri menerima pengiktirafan atas kecemerlangan pada akhir musim 2016/17, dengan memenangi Anugerah Serie A Coach of the Year Award.

Embed from Getty Images
Sarri mengambil alih tugas sebagai pengurus Chelsea pada awal kempen 2018/19. Jorginho mengikutinya ke Liga Perdana.

The Blues berjaya mengalahkan Manchester City untuk mendapatkan Jorginho dengan nilai perpindahan lebih dari £ 50 juta.

Bersama Chelsea, Sarri berjaya memenangi Liga Europa pada akhir musim pertamanya, sebelum kemudiannya meninggalkan kelab pada musim panas.

Sarri, 61 kemudian mengambil alih jawatan sebagai bos Juventus dan kemudian meninggalkan Juventus selepas hanya semusim, sehari selepas gergasi Itali itu tersingkir di kelompok 16 Liga Juara-Juara di tangan kelab Perancis Lyon.

Sementara itu Jorginho memulakan musim ketiga di Chelsea dan sejauh ini dia telah membuat lebih dari 100 penampilan untuk The Blues.

Ejen Jorginho, Joao Santos, baru-baru mendedahkan bahawa Jorginho berkemungkinan akan bergabung semula jika Sarri masih kekal di Juventus.

“Dia sangat gembira dengan Frank Lampard dan Chelsea dapat melakukan yang lebih baik daripada musim lalu.” ujar ejen Jorginho itu.

“Hampir semua pemain Itali berada di Serie A, kerana ini adalah liga yang penting, tetapi perjalanannya membawanya ke London. Sekiranya Maurizio Sarri kekal, mungkin dia telah bergabung dengan Juventus.

“Jorginho mempunyai ikatan peribadi dan profesional dengan jurulatih yang sangat kuat. Kami menunggu untuk melihat ke mana Sarri pergi, dan jika ia adalah kelab besar di Itali, Jorginho dapat mengikutinya. ”

Sumber: football365.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*