Juventus Mendahului Liverpool Dalam Saingan Untuk Menandatangani David Alaba

Bianconeri dilaporkan selangkah di hadapan Liverpool untuk menandatangani pemain bek Bayern Munich, David Alaba.

Kontark pemain berusia 28 tahun itu bakal berakhir pada Jun 2021 dan sehingga kini tidak ada tanda-tanda Alaba akan menandatangani kontrak baharu.
Embed from Getty Images

Memetik laporan media, Juventus mahukan Alaba sebagai calon mengantikan Giorgio Chiellini yang telah pun berusia 36 tahun.

Chiellini yang merupakan pemain terpenting pertahanan Bianconeri kerap dilanda kecederaan dan hanya melakukan dua penampilan musim ini.

Selain Juve dan Liverpool, beberapa kelab gergasi Eropah lain seperti Real Madrid, PSG dan Manchester City turut berminat untuk mendapatankan tandatangan pemain Austria itu.

Walau bagaimanapun Bayern Munich dilaporkan memutuskan untuk tidak menjualnya hingga musim panas depan, walaupun mereka akan kehilangannya secara percuma.

Pilihan yang ada sekarang adalah dengan menandatangani Alaba secara pinjaman yang dilihat sebagai pelan jangka pendek bagi mengatasi kekurangan pilihan di bahagian pertahanan berikutan kehilangan dua pemain tonggak mereka Joe Gomez dan Virgil van Dijk.

Walaupun Juventus dilihat mendahului dalam persaingan untuk mendapatkan Alaba, namun pengalaman Klopp selama 14 tahun sebagai pengurus di Bundesliga memberi kelebihan kepada Liverpool.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*