Gosip: Lima Pemain Pertahanan Dipertimbangkan Liverpool Pada Jendela Perpindahan Januari

LIVERPOOL BARU SAJA KEHILANGAN JOE GOMEZ, YANG MENGALAMI CEDERA SERIUS KETIKA SESI LATIHAN BERSAMA PASUKAN ENGLAND. SEBELUMNYA, LIVERPOOL SUDAH PUN KEHILANGAN VIRGIL VAN DIJK.

Virgil van Dijk dan Joe Gomez akan menjalani tempoh pemulihan yang agak panjang dan keadaan ini memerlukan beberapa rancangan luar jangka.

Walaupun mereka ‘sudah mempertimbangkan’ untuk menggantikan Van Dijk untuk sementara waktu pada musim sejuk, kecederaan Gomez kemungkinan akan menguatkan rancangan tersebut.

Antara ialah dengan memasuki pasaran perpindahan pada Januari untuk mencari pemain pertahanan baharu.

Memetik beberapa laporan media terdapat empat sasaran pemain pertahanan yang berpotensi direkrut Liverpool.

Dayot Upamecano berada di kedudukan teratas dalam senarai pilihan mereka menjelang musim panas tahun depan dengan bayaran 40 juta pound tetapi masih tidak dapat dipastikan sama ada ia dapat diselesaikan pada musim sejuk ini.

Pencarian Jurgen Klopp untuk pemain ‘berpengalaman’ Upamecano dilihat paling realistik berbanding Napid Kalidou Koulibaly. Pemilihan Koulibaly agak drastik dan terlalu mahal untul pemain berusia 29 tahun itu.

Liverpool juga ‘berminat’ dengan Ben White dari Brighton, dengan pertahanan Schalke Ozan Kabak turut ‘dipertimbangkan’.

Gleison Bremer, pemain berusia 23 tahun yang kini mengagumkan di Torino, juga dilihat sebagai salah satu yang berpotensi untuk Liverpool.Pemain Brazil itu telah dikaitkan dengan Everton baru-baru ini.

Keempat-empatnya pasti lebih baik tetapi jauh lebih mahal daripada sasaran mengejutkan Daryl Janmaat.

Sama ada Jerome Boateng telah dipertimbangkan atau tidak di Anfield tidak diketahui. Tiga kelab Liga Perdana dikatakan mengejar pemain yang kontrak bersama Bayern Munich berakhir musim panas depan dan tidak akan diperbaharui. Liverpool tidak tersenarai dalam perebutan tersebut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*