Arteta: Kurang Kreativiti, Punca Arsenal Tewas di Halaman Sendiri

Arsenal terpaksa menelan kekalahan memalukan apabila tewas 0-3 kepada Aston Villa di halaman sendiri.

Bos Arsenal, Mikel Arteta turut mengakui penampilan pasukan berada di bawah tahap sebenar dan mengaku mengaku bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.

Kurangnya kreativiti dan mencipta peluang dilihat sebagai punca kegagalan Arsenal menghasilkan sebarang gol.

“Pasukan saya tidak tampil seperti sepatutnya, kami tampil di bawah standard kami, kemampuan kami.

“Ini benar-benar salah saya, itulah sebabnya saya berada di sini, saya bertanggungjawab untuk itu, untuk memastikan pasukan menunjukkan prestasi yang baik dan bertanding pada tahap tertinggi setiap tiga hari. Hari ini saya tidak melakukannya, jadi jelas itu adalah salah saya.” Ujar Arteta.


Arteta mendedahkan pasukan bukan sahaja perlu bermain dengan baik, tetapi perlu mengembangkan kreativiti dan mencipta perluang terutamanya ketika berdepan pasukan yang gemar bertahan.

“ Itu adalah sesuatu yang harus kita perbaiki, juga soal menciptakan peluang. Kita perlu lebih tajam, tetapi sekali lagi saya tidak mahu [menunjuk] sesiapa pun – hari ini bukan mengenai perkara itu, ini mengenai bagaimana kita melakukan tugas dan siapa kita sebagai satu pasukan dan apa yang kita sampaikan sebagai sebuah pasukan.

“Saya tidak menyukainya dari wisel pertama, kami mengakui kesalahan dan melepaskan gol pada VAR dan selepas itu ia tidak cukup baik.”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*