Richard Dunne: Perlawanan Manchester City Vs Liverpool Akan “Hampir Menentukan” Siapa Yang Akan Memenangi Liga Perdana Musim Ini.

Mantan kapten Manchester City, Richard Dunne mengatakan perlawanan menentang Liverpool adalah “sangat besar” dan menjangkakan ia akan memberi impak yang signifikan pada perlumbaan gelaran Liga Perdana Inggeris.

Juara bertahan dan pendahulu liga Liverpool akan bertandang ke Etihad dengan berbekalkan kelebihan lima mata berbanding City.

Pasukan Pep Guardiola kini berada di tangga ke-10 liga setelah mengharungi kempen yang kurang konsisten tetapi Dunne yakin bekas kelabnya akan memiliki motivasi dan keyakinan merebut kembali gelaran jika mereka menang hujung minggu ini.

Embed from Getty Images

“Ia sangat besar. Perlawanan ini hampir menentukan musim ini. Selama beberapa musim terakhir kedua pasukan kurang mengalami kekalahan, mereka tahu bertapa pentingnya tiga mata dalam perlawanan ini, ia sangat besar,” kata Dunne kepada Sky Sports News.

“City berhasil menewaskan Liverpool 4-0 tahun lalu tetapi mereka akan tahu itu bukan pasukan Liverpool yang sebenarnya, saat itu mereka sudah memastikan gelar juara liga.

“Ini akan menjadi sangat kompetitif. Saya fikir City dan Liverpool, mereka akan memahami betapa besarnya perlawanan ini. Mereka akan memahami bahawa segala pertandingan hingga sekarang telah menjadi semacam pemanasan untuk pertembungan ini.

“Para pemain akan benar-benar bersemangat dan menantikannya. Ia akan menjadi perlawanan yang hebat.”

“Saya rasa mereka dalam keadaan baik, Liverpool menghadapi beberapa masalah dalam bertahan dan saya mahu City memanfaatkannya.”

Ketika ditanya apakah dia menjangkakan bekas kelabnya akan menang pada hari Ahad ini, Dunne menambahkan: “City perlu menang. Mereka ketinggalan beberapa mata di belakang Liverpool dan saya pilih mereka pada hujung minggu ini.

Sumber: www.skysports.com

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*