David Moyes Hantar Pesanan Kepada Solskjaer Selepas Manchester United Dikaitkan Dengan Mauricio Pochettino.

David Moyes adalah pengurus Man Utd pertama yang dipecat setelah Sir Alex Ferguson bersara dan kini berkemungkina Ole Gunnar Solskjaer akan menjadi yang keempat.

Bekas pengurus Manchester United itu, memberitahu Ole Gunnar Solskjaer bahawa tekanan yang akan dirasakannya di Old Trafford lebih besar daripada pekerjaan lain dalam bola sepak.

Moyes adalah bos United pertama yang dipecat dalam era pasca Sir Alex Ferguson dan Solskjaer sedang mengalami apa yang pernah dirasainya dan berkemungkinan menjadi pengurus kempat dipecat setelah Louis van Gaal dan Jose Mourinho.

Embed from Getty Images

Kekalahan 2-1 kepada Istanbul Basaksehir dalam Liga Juara-Juara pada hari Rabu lalu menambah lagi tekanan kepada Solskjaer.

Perlawanan menetang Everton di Goodison Park esok, dilihat situasi paling kritikal buat Solskjaer, hanya kemenangan sahaja mampu mengelakkan nasib yang sama seperti Moyes.

Desas-desus yang dilaporkan oleh beberapa media bahawa United telah menghubungi Mauricio Pochettino mengenai kemungkinan dia berpotensi menggantikan Solskjaer memburukkan lagi situasi yang dialami bos United itu.

United telah memenangi empat dari sembilan perlawanan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara musim ini dan kini berada di tangga ke-15 liga.

Moyes mengakui mengalami tekanan sama seperti yang dialami Solskjaer dan percaya hanya kemenangan sahaja yang dapat menyelamatkan karier Solskjaer di Old Trafford.

“Semua pengurus alami tekanan,” ujar Moyes . “Di Manchester United ada lebih banyak tekanan daripada kelab mana pun di dunia. Ia datang bersama tugas.

“Kami tahu apa yang berlaku jika anda tidak memenangi perlawanan yang mencukupi.”

Sumber: www.manchestereveningnews.co.uk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*