Paul Scholes Mengecam Anthony Martial Sekali Lagi Setelah Kekalahan Manchester United Dalam Liga Juara-Juara.

Paul Scholes mengkritik Anthony Martial berikutan kekalahan Manchester United keatas Istanbul Basaksehir dalam Liga Juara-Juara.

United gagal mengekalkan rentak kemenangan dalam kempen Liga Juara-Juara mereka dan mencatatkan kekalahan kedua dalam tempoh empat hari setelah tewas kepada Arsenal di halaman sendiri.

Walaupun Martial berjaya mencetak gol saguhati United, Scholes mempersoalkan pemain Perancis itu mengenai kekurangan pergerakannya.

“Pergerakan dari arah tengah ke depan hampir tidak ada,” kata Scholes kepada BT Sport.

“Anthony Martial, berapa kali saya melihat ketika pemain tengah mendapat bola, dia hanya berdiri di antara dua bek tengah, tidak melakukan apa-apa.”

“Saya peminat Martial tetapi berapa kali saya melihat dan dia hanya berjalan, dia harus sedar sebagai centre forward- sekali-sekala anda harus lakukan pergerakan jika anda ingin mencetak gol.

“Anda tidak boleh berjalan di depan dua bek tengah tanpa melakukan apa-apa.

“Ketika pemain midfielder mendapat bola – saya melihat dia berjalan, Rashford datang mendapatkan bola – itu bukan kekuatannya. Kadang-kadang pemain berpengalaman seperti Matic harus memberitahu mereka. Mereka memerlukan bimbingan.”

United akan kembali beraksi dalam Liga Perdana pada hari Sabtu ini menentang Everton di Goodison Park.

Sumber: www.manchestereveningnews.co.uk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*