Diogo Jota Cipta Hat-Trick, Mohamed Salah Menyamai Rekod Gol Steven Gerrard Di Champions League

Liverpool berjaya meraih kemenangan ketiga peringkat kumpulan D, Liga Juara-Juara apabila membelas Atlanta 5-0 di Atleti Azzurri d’Italia.

Diogo Jota menjadi man of the match apabila berjaya mencipta hat-trick pada perlawanan tersebut.

Jota mencetak dua gol di babak pertama, sebelum disusuli gol Mohamed Salah pada minit ke-47. Sadio Mane menambahkan keunggulan Liverpool dengan jaringan gol pada minit ke-49.

Lima minit berselang, Jota menutup perlawanan dengan jaringan gol pada minit ke-54 dan sekaligus melengkapkan hat-trick pertamanya di Liga Juara-Juara.

Jota menjadi pemain kedua yang berjaya mencetak gol pada dua penampilan pertamanya sebagai starter bersama Liverpool dalam kejohanan Liga Juara-Juara selepas Robbie Keane.

Jota telah berjaya merekodkan tiga hat-trick (dua lainnya bersama Wolverhampton) dalam kejohanan eropah sejak tahun lalu iaitu di Liga Champions dan Liga Europa. Ia juga menjadi satu-satunya pemain yang mampu mencatatkan rekod tersebut setakat ini.

Secara keseluruhannya, Jota telah berjaya mengumpulkan sembilan gol dalam kejohanan eropah, enam gol bersama Wolves dan tiga bersama Liverpool.

Selain Jota, Mohamed Salah turut menjadi perhatian pada perlawanan tersebut dengan satu gol dan satu assist.

Salah berjaya menyamai rekod gol jaringan kapten lagenda The Reds, Steven Gerrard dalam kejohanan Liga Juara-Juara.

Gerrard menyandang status sebagai pencetak gol terbanyak Liverpool dalam kejohanan tersebut dan rekod tersebut berkemungkinan bakal dipecahkan memandangkan Salah masih lagi aktif bermain.

Menurut catatan Opta, pemain kebangsaan Mesir itu telah menyumbang 21 gol untuk Liverpool dalam kejohanan Liga Juara-Juara.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*