Guardiola: ‘Masa Saya Sebagai Pengurus Barcelona Sudah Berakhir’

Pep Guardiola sekali lagi dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona.

Victor Font, yang sedang berusaha untuk menggantikan Josep Maria Bartomeu sebagai presiden Barca, telah mengusulkan rancangan untuk menyatukan kembali Guardiola dengan Lionel Messi di Catalonia.

Namun Bos Manchester City, Pep Guardiola mengatakan waktunya sebagai pengurus Barcelona “sudah berakhir” dan menolak peluang untuk kembali ke bekas kelabnya.

Pengurus berusia 49 tahun itu memasuki tahun terakhir kontrak bersama City dan telah dikaitkan dengan kepulangannya ke Camp Nou, di mana dia memenangi 14 gelaran ketika bersama Barca  dari tahun 2008 hingga 2012.

Guardiola mengulangi kembali kenyataannya bahawa dia “sangat gembira” di Stadium Etihad dan telah menyatakan bahawa dia tidak berhasrat untuk menguruskan gergasi LaLiga itu untuk kali kedua.

“Tempoh saya sebagai pengurus Barcelona sudah berakhir,” katanya kepada BT Sport.

“Dalam hidup anda melakukan sesuatu sekali.

“Disana ada seseorang yang luar biasa boleh mengambil tugas tersebut. Ronald Koeman, misalnya, adalah pengurus yang luar biasa. Selesai.

“Saya akan kembali menonton perlawanan, tetapi saya gembira di sini. Saya mempunyai keinginan untuk melakukannya dengan baik dan ini adalah perkara yang paling penting.”

Bartomeu dan lembaga pengrusan Barcelona mengundurkan diri pada hari Selasa lepas menjelang usul undi tidak percaya.

Pengurusan interim akan mengambil alih sehingga pemilihan ahli lembaga baharu yang dijangka diadakan pada bulan Mac.

“Berharap mereka dapat memilih orang yang tepat dan ahli lembaga yang tepat untuk mengekalkan kelab sebagaimana adanya, di peringkat tertinggi,” ujar Guardiola.

City memperoleh kemenangan ketiga mereka dalam saingan EPL menentang Sheffield United, menerusi jaringan tunggal pemain pertahan mereka Kyle Walker. Ia juga merupakan penampilan ke-100 Kyle Walker bersama City.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*