Solskjaer Puji Arteta Sudah Meraih Trofi Buat Pasukannya.

Menjelang pertemuan Manchester United dan Arsenal dalam saingan EPL di Old Trafford, Bos United, Ole Gunnar Solskjaer tanpa berselindung memuji Arteta kerana telah memberikan pasukannya trofi.

Solskjaer dan Arteta menjalani karier sebagai pengurus baharu di pasukan yang pernah mereka wakili dan terbilang sebagai lagenda pasukan masing-masing.

Mereka kembali sebagai pengurus pasukan dengan prestasi pasukan tidak berada di tahap tertinggi seperti dahulu lagi.

Justeru tugas untuk memulihkan prestasi kelab dilihat sebagai tugas yang agar sukar dan mencabar. Harapan yang menggunung dari penyokong pasukan dengan pelbagai tekanan menyukarkan lagi situasi mereka.

Mengembalikan prestasi kelab memerlukan waktu yang cukup panjang. Berbeza dengan Solskjaer, Arteta telah memenangi FA Cup dan FA Community Shield di tahun pertamanya sebagai pengurus Arsenal.

Solskjaer memuji keberanian Arteta menerapkan idea dan prinsipnya di tahun pertamanya di Arsenal. Ini kerana tidak ramai pengurus baharu yang tegas dan berani seperti Arteta kerana risikonya terlalu besar.

“Saya rasa mana-mana pengurus memerlukan masa untuk meletakkan prinsipnya. Sudah tentu, dia sudah memenangi trofi dengan apa yang dia lakukan. Anda dapat melihat bahawa dia mempunyai idea sendiri dan dia juga pernah bekerja di bawah pengurus terbaik sebelumnya. Pada permulaan karier anda sebagai pengurus, jika anda sudah boleh menang, itu adalah asas untuk dibina. Saya rasa mereka telah menemui pengurus yang mahukan yang terbaik untuk kelab. ” ujar Solskjaer.

“Arsenal akan selalu sukar kerana mereka adalah pasukan yang sangat baik dengan pengurus yang sangat baik, yang mempunyai beberapa idea hebat tentang bagaimana bola sepak harus dimainkan, dan saya menantikannya.”

Perlawanan yang bakal berlangsung di Old Trraford tersebut merupakan perlawanan ke-100 buat Solskjaer sebagai pengurus United secara rasmi.

“Sudah tentu, saya terkejut ia 100 – ia sudah sangat cepat, walaupun banyak yang telah berlaku. Saya berharap  dapat meraikan no.100 dengan prestasi yang baik dan kemenangan. Saya menikmatinya setakat ini. ”

Sumber: www.manutd.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*