Paul Scholes: Rashford Mampu Mencetak 25 Gol Musim Ini.

Lagenda Manchester United, Paul Scholes yakin bintang muda United, Marcus Rashford bakal mencetak 25 gol musim ini jika mampu mengekalkan prestasinya.

United memulakan kempen Liga Juara-Juara dengan cemerlang apabila meraih kemenangan kedua setelah menewaskan RB Leipzig 5-0 di Old Trafford pagi tadi.

Marcus Rashford bertindak cemerlang apabila berjaya mencetak hat-trick setelah dibawa masuk menggantikan Mason Greenwood pada minit ke-63.

Rashford menjadi pemain kedua dalam sejarah United selepas Ole Gunnar Solskjaer’s yang berjaya mencetak hat-trick sebagai pemain gantian.

Selain Rashford, Scholes turut memuji penampilan cemerlang Bruno Fernandes yang dibawa pada babak kedua perlawanan tersebut.

“Sangat menarik ketika dia (Rashford) masuk. Fernandes, ketika dia masuk, tiba-tiba United menguasai bola di kawasan mereka, yang tidak mereka lakukan di babak pertama. Marcus dengan kepantasan dan penyudahnya itu sangat kejam,” ujar Scholes.

“Dia bijak. Anda mengharapkan ini darinya. Hantaran bijak dari Fernandes (untuk gol kedua Rashford) – visi yang bagus, dia mungkin satu-satunya pemain di padang yang mampu melihatnya,” tambah Scholes .

Scholes yakin musim ini bakal menjadi musim yang luar biasa buat Rashford, dari 9 penampilan musim ini, Rashford telah menjaringkan 7 gol dan 2 assist.

“Anda datang untuk mengharapkan ini dari dia. Saya suka kekejamannya malam ini, anda merasakan setiap kali dia melewati ia tidak memberi peluang kepada penjaga gawang,”.

“Penyudahnya pernah dipersoalkan dahulu, tetapi jika dia bertahan dengan persembahan seperti malam ini, anda akan dapat melihat dia menjaringkan 25 gol musim ini,” lanjut Scholes lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*