Jordan Henderson: “Angka Mo Mengkagumkan. Ia Mencapai Gol Ke-100 Hanya Dalam 159 Penampilan – Itu Hanya Ada Dalam Permainan Komputer ! “

Kapten Liverpool, Jordan Henderson meluahkan rasa kekagumannya dengan pencapaian rakan sepasukannya Mohamed Salah.

Mohamed Salah berjaya menjadi pemain ketiga terpantas mencapai 100 gol dalam sejarah kelab selepas Roger Hunt dan Jack Parkinson dalam hanya 159 penampilan.

Salah tiba di Liverpool pada musim panas 2017 lalu. Pada ketika itu masih ramai yang meragui kemampuannya memandangan Salah pernah gagal di Chelsea dahulu.

Namun, musim pertamanya bersama The Reds agak mengejutkan dan mengkagumkan, Salah mengakhiri one season wonder dengan menjadi Penjaring Terbanyak EPL dengan 32 gol.

Pada musim itu juga Salah berjaya mencatatkan 44 gol keseluruhan dari 52 penampilan di semua pertandingan.

Salah berjaya menjaringkan gol ke-100 ketika saingan EPL menentang Everton di Goodison Park yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.

“Angka Mo mengkagumkan. Ia mencapai gol ke-100 hanya dalam 159 penampilan – itu hanya ada dalam permainan komputer!” ujar Henderson.

“Saya membaca Mo mencapai gol ke-100, ketiga tercepat dalam sejarah LFC. Dua pemain Liverpool lainnya yang mencapai 100 gol lebih cepat adalah Roger Hunt dan Jack Parkinson – dan kita kembali ke masa lalu yang cukup lama. Ia menunjukkan bertapa besarnya sumbangannya.,”

“Saya tidak perlu terkejut, tetapi sekali lagi menekankan bertapa beruntungnya kita semua dapat bekerja dengannya atau menjadi penyokong kelab pada saat ini ketika dia bersama kita,” ujar Henderson lagi .

Musim lalu, Mohamed Salah hanya mampu mencetak 19 gol di EPL. Secara keseluruhan pada musim 2019-20 itu, ia cuma mampu mengumpul 23 gol di semua pertandingan.

Musim ini, Salah telah menjaringkan enam gol dari 6 penampilan EPL. Jordan Henderson, mengakui pemain berusia 28 tahun itu memang tak seganas musim pertamanya.

Namun ia menegaskan, Salah tampil lebih baik musim ini berbanding tiga tahun lepas.

“Ada kemungkinan bahawa angka yang ia cetak di musim pertamanya bersama kami – lebih dari 40 gol – telah dijadikan kayu ukur dan ianya tidak adil dan tidak realistik,” keluh Henderson.

“Sebagai seseorang yang berhak bermain di sampingnya, saya dapat memberitahu anda bahawa saya fikir dia jauh lebih baik sekarang berbanding musim pertama itu. Saya juga berpendapat bahawa sumbangannya sekarang lebih penting daripada pada musim pertama itu. Sungguh luar biasa, dia hanya menjadi lebih baik dan baik lagi.” tegas Henderson.

“Jika anda melihat bagaimana kami berkembang sebagai sebuah pasukan sejak 2017-18, sumbangan Mo untuk itu sama besarnya dengan siapa pun. Dia bekerja keras untuk pasukan, pengorbanan untuk pasukan. Kita semua di lapangan mendapat manfaat daripada itu.

 

Sumber: www.liverpoolfc.com

 

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*