Pengurus Dynamo Kiev: Lionel Messi Lebih Hebat dari Cristiano Ronaldo Kerana Mampu Melakukan Banyak Perkara Bersendirian.

Dynamo Kiev yang diundi dalam kumpulan G bersama dua kelab gergasi Eropah Juventus dan Barcelona bakal memulakan kempan Liga Juara-Juara menentang Juventus di halaman sendiri.

Pengurus Dynamo Kiev, Mircea Lucescu mengakui diundi bersama dua kelab tersebut merupakan satu tugas yang berat.

Kehadiran dua bintang dunia Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bakal menyukarkan pemainnya diatas padang.

“Saya sudah sering bertemu mereka, tapi para pemain saya belum. Mereka akan segera bertemu dengan keduanya. Saya harus menjelaskan seperti apa mereka,” jelas Mircea Lucescu.

Menurut Mircea Lucescu, kedua-dua mempunyai kelebihan dan kemahiran yang berbeda dan mampu menyukarkan pasukan lawan.

Messi mampu bergerak pantas dengan baik di ruang sempit berbanding Ronaldo memerlukan ruang yang lusa untuk bergerak dan mencetak gol.

“Messi adalah pemain rendah yang luar biasa dalam ruang sempit kerana kepantasan, keyakinan, dribbling, dan semua itu. Ronaldo adalah jenis pemain yang berbeza kerana ia sangat suka mencetak gol sehingga ia memerlukann ruang yang lebih besar,” ujar Lucescu.

Menurut Mircea Lucescu lagi, Lionel Messi lebih hebat dari Cristiano Ronaldo kerana bintang Barcelona itu mampu bersinar tanpa rakan-rakanya.

Berbanding Cristiano Ronaldo memerlukan bantuan rakan-rakan untuk cemerlang diatas padang.

“Ia [Ronaldo] memerlukan bantuan semua orang, bantuan rakan sepasukan. Messi mampu melakukan banyak perkara sendirian,” cetus Lucescu.

“Ronaldo dapat bekerja sendiri di kawasan penalti atau 20 meter dari kawasan penalti, tetapi ia akan memanfaatkan ruang yang diciptakan oleh orang lain dan ia menyerang. Itu Ronaldo: mereka berbeza, tapi mereka berdua adalah pemain yang sangat hebat,” puji Lucescu.

Walau bagaimanapun, Lucescu berasa sedikit lega kerana kempen pertama mereka menentang Juventus tanpa kehadiran C.Ronaldo yang dilaporkan positif COVID-19.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*