Timo Werner: “….Jika Kami Bolos Begitu Banyak, Sulit Untuk Menang Dan Meraih Sebarang Gelaran.”

Frank lampard tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya apabila gagal mengutip 3 mata penuh setelah mendahului 2-0 pada babak pertama ketika menentang Southampton semalam.

Chelsea unggul pada babak pertama selepas mendahului dua gol menerusi jaringan, Timo Werner pada minit ke-15 dan 28.

Namun Southampton berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Danny Ings dan Che Adams di minit ke-43 dan 57.

Dua minit selepas Che Adams menjaringkan gol penyamaan, bintang muda Jerman, Kai Havertz berjaya meletakan The Blues kembali di hadapan pada minit ke-59 hasil lorongan Timo Werner.

Walau bagaimanapun, harap untuk mengutip mata penuh berkecai pada minit-minit akhir masa tambahan.

Sepakan percuma yang diberikan kepada Southamton gagal dihalang dengan sempuran dan memberi peluang kepada Theo Walcott menyamakankan kedudukan dan mengikat perlawanan yang berkesudahan seri 3-3.

Perlawanan tersebut juga menyerlah lagi kelemahan barisan pertahanan dan penjaga gawang yang dilihat gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Dua awal gol awal Southampton mengundang kiritikan penyokong dan  jelas memperlihatkan kerapuhan pertahananan The Blues.

Kurt Zouma dan  Kepa Arrizabalaga antara pemain paling mengecewakan dan menerima kritikan pedas atas penampilan mereka.

Antara kritikan pedas dan troll Fan Chelsea:

Walaupun Lampard dilihat meluahkan kekecewaan terhadap keputusan tersebut, namun tidak menyalahkan mana-mana pemainnya termasuk Kepa dan Zouma.

“Anda tidak boleh memisahkan pasukan antara pertahanan dan serangan. Dalam gol pertama kami, anda harus memberi pujian kepada pertahanan dan serangan kerana kami membawa bola dari belakang ke hadapan,” ujarnya.

“Sama halnya ketika anda membuat kesalahan dan memberikan gol-gol mudah kepada lawan. Anda bolos sebagai sebuah pasukan. Keduanya ia memberi kesan langsung terhadap hasil,” ujar Lampard lagi.

Chelsea setakat ini telah mengumpul 13 jaringan dengan 9 bolos dalam 5 perlawanan EPL. Keputusan semalam juga menandakan ini merupakan kali kedua Chelsea bolos dengan jaringan 3 gol.

Apa yang boleh disimpulkan disini ialah ketajaman barisan serangan tidak dapat menutup kepincangan pertahanan Chelsea.

Keadaan ini menyukarkan the Blues mempertahankan kelebihan setiap kali perlawanan dan ini turut dirasai oleh penyerang mereka Timo Werner.

“Saya tidak tahu apakah kami memiliki masalah, tetapi dalam tiga perlawanan terakhir, kami bolos enam gol dan itu bukan yang kami inginkan untuk bersaing merebut gelaran,” ujar Timo Werner.

“Di Jerman kami selalu bicara soal pertahanan yang kuat untuk memenangkan gelaran. Jika kami bolos begitu banyak, itu sulit untuk menang dan memenangkan gelaran,” sambung Timo Werner.

“Southampton memberi tekanan yang tinggi pada kami. Kami memberi mereka terlalu banyak peluang. Kami harus menang. Saya gembira dengan gol-gol itu tetapi saya ingin menang,” lajut Timo Werner lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*