Jurgen Klopp Akui 4 Pemain Everton Bakal Menyukarkan Mereka.

Liverpool bakal bertandang ke markas Everton dalam saingan EPL pada malam ini dan antara perlawanan yang ditunggu-tunggu peminat.

Everton memulakan kempen liga dengan agak cemerlang musim ini, menduduiki tangga teratas liga apabila dengan meraih kemenangan semua perlawanan liga.

Dibawah bimbingan Carlo Ancelotti, The Toffees telah melangkah ke satu tahap yang baharu.

Dalam kesemuan pertandingan, The Toffees meraih 7 kemenangan dengan 24 jaringan gol.

Pengurus the Reds, Jurgen Klopp turut mengakui Everton antara pasukan yang perlu diberi perhatian musim ini.

Selain memiliki pengurus yang hebat, Klopp percaya kehadiran beberapa pemain berkualiti banyak membantu meningkatkan prestasi Everton.

Menurut Klopp antara pemain yang perlu diberi perhatian dan bakal menyukarkan mereka ialah  Dominic Calvert-Lewin.

Embed from Getty Images

Dominic Calvert-Lewin dianggap antara pemain paling berbahaya di barisan serangan Everton,  beliau telah berjaya menjaringkan 9 gol termasuk dua hattrick.

“Calvert-Lewin, saya telah jangkakan, beliau akan membuat langkah besar dalam beberapa tahun lagi dan dia telah melakukannya,” ujar Klopp.

“Dia memiliki semua yang anda perlukan untuk menjadi seorang penyerang yang hebat: postur, mobiliti, kecepatan, kesungguhan, teknik yang sangat baik, di udara, penyelesaian akhir dengan kepala dan dua kakinya sama baik,” ujar Klopp.

Menurut Klopp lagi, selain Calvert-Lewin, The Toffees juga memiliki pemain-pemain berkelas dunia dan sangat berkulaiti.

Embed from Getty Images

“Sekarang mereka semua bekerja bersama-sama di Everton. Dua pemain sayap mereka juga pemain kelas dunia, James Rodriguez dan Richarlison. Di tengah, Allan atau siapa pun yang dimainkan di sana, samada Gylfi Sigurddson atau siapa pun,” tutur Klopp.

“Jadi, Everton benar-benar pasukan yang sangat hebat dan barisan pertahanan juga bekerja lebih baik kerana pasukan yang baik akan lebih mudah bertahan. Itulah yang anda lihat ketika menyaksikan Everton, jadi ini akan menjadi perlawanan yang sangat menarik,” lanjut Klopp lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*