Kehilangan Ramos Beri Kesan Buruk Kepada Real Madrid

Sergio Ramos selama bertahun lama menjadi jantung kepada pertahanan Los Blancos.

Ramos telah tampil dalam 641 perlawanan untuk Los Blancos dan mencetak 92 gol serta membantu meraih 21 gelaran.

Justeru, tidak menghairankan mengapa Lagenda Real Madrid, Predrag Mijatovic memberi peringatan, kehilangan Ramos bakal memberi kesan buruk untuk kelab seperti halnya kehilangan Cristiano Ronaldo.

Embed from Getty Images

Kontrak Ramos bersama Los Merengues dilaporkan bakal berakhir pada musim panas 2021. Namun, Madrid belum menawarkan sebarang kontark baharu lagi.

Keadaan ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi bahawa Ramos bakal meninggalkan kelab gergasi LaLiga itu.

Dan keadaan ini bukan baharu terjadi, Real Madrid terkenal dengan kelab yang tidak takut untuk melepaskan pemain bintangnya meskipun telah lama merumput di Santiago Bernabeu.

Raul Gonzalez, Iker Casillas dan Cristiano Ronaldo adalah antara senarai pemain bertaraf bintang dan lagenda bagi Los Blancos yang dilepaskan.

Embed from Getty Images

Walau pun terdapat alasan mereka dilepaskan disebabkan faktor umur, tetapi hakikatnya mereka tetapi bersinar dan masih dapat meyumbang kepada kejayaan kelab baharu mereka.

“Kami tidak boleh membiarkan pemain kami membantu pasukan lain, karena mereka harus menjadi milik kami…….. Saya ingin kebijakan ini kembali,” ujar Mijatovic.

“Sayangnya, itu tidak terjadi di Real Madrid. Raul memiliki sejarah hebat di Real Madrid dan pergi dengan cara yang buruk, Fernando Hierro sama, Casillas juga.”

Mijatovic beranggapan Ramos perlu mengakhiri kariernya di Real Madrid dan mendesak Los Blancos memperbaharui kontraknya.

Meskipun telah berumur 34 tahun, Mijatovic percaya Ramos merupakan aset yang berharga dan memiliki banyak perkara untuk ditawarkan kepada Real Madrid.

“Dia penting, hampir seperti harta kelab. Baik untuk apa yang telah dia lakukan dan apa yang boleh dilakukannya di masa hadapan, mungkin bukan di lapangan, tetapi mengajar para pemain muda yang bergabung dengan Real Madrid tentang cara bermain, sikap dan cara beradaptasi dengan kelab. Itulah yang harus terjadi,” ujarnya.

Selain Ramos, spekuasi mengenai Luka Modric yang dikatakan bakal meninggalkan Santiago Bernabeu dalam masa terdekat juga mula turut kedengaran.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*