Bruno Fernandes: Jangan Guna Nama Saya Cetuskan Masalah di Manchester United!

Isu perselesihan faham antara Bruno Fernandes dan Ole Gunnar Solskjear kini menjadi sorotan pelbagai media.

Isu tersebut timbul ekoran kekalahan memalukan 1-6 United keatas Tottenham  di halaman sendiri.

Embed from Getty Images

Bruno dikatakan melampiaskan kekesalannya dengan mengkritik strategi yang digunakan Ole.

Selain itu Bruno juga dikatakan memarahi rakan-rakan pasukannya kerana bermain di bawah tahap sebenar, suara kemarahnya dikatakan kedengaran sehingga di luar bilik persalinan.

Isu tersebut telah digembar-gemburkan media sehingga menimbulkan kemarahan Bruno.

“Ada banyak spekulasi soal itu. Saya percaya kalau ini adalah cara untuk membuat pasukan menjadi tidak stabil. Apa yang telah dikatakan itu tidak benar,” tegas Bruno.

Embed from Getty Images

“Saya dikeluarkan kerana alasan taktikal. Pelatih memberitahu perlawanan sudah hampir berakhir dan kami punya banyak perlawanan berikutnya. Faham. Saya tidak puas hati tapi tidak berkata apapun yang boleh merosakkan pasukan,”

“Jangan gunakan nama saya, rakan saya atau pelatih untuk membuat masalah di Manchester United. Atmosfer sedang bagus dan pasukan sudah sedia untuk memberikan jawapan di perlawanan berikutnya,” ujar Bruno.

Bruno percaya pasukannya akan bangkit dan menunjukkan prestasi sebenarnya mereka ketika menentang Newcastle dalam saingan EPL nanti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*