Mesut Ozil Mungkin Memilih Untuk Ke AC Milan

Spekulasi masa depan Ozil bersama Arsenal terus menjadi tanda tanya. Ozil dilaporkan masih ingin bertahan di Emirates Stadium meskipun jarang diturunkan.

Ozil dilaporkan telah menolak tawaran dari kelab yang berpengkalan di Arab Saudi iaitu Al Nassr yang bersedia menanggung gaji besar yang diberi Arsenal.

Penolakan tersebut dilihat satu kerugian kepada Arsenal kerana terpaksa menanggung gaji Ozil yang dilaporkan 350,000  pounds  seminggu.

Terbaharu,Ozil dilaporkan tertarik dengan tawaran dari kelab gergasi Itali, AC Milan dan turut dilaporkan telah berhubung dengan wakil Ozil.

Embed from Getty Images

Beberapa bulan kebelakangan ini,Itali menjadi antara destinasi popular pemain EPL berhijrah.

Ozil bakal mengikuti jejak beberapa pemain EPL yang berhijrah ke Serie A seperti Romelu Lukaku, Chris Smalling, Pedro dan Alexis Sanchez.

Sejak beberap tahun kebelakang ini, prestasi Ozil agak merudum dan tidak lagi sama seperti di era Arsene Wenger. Mikel Arteta dilihat kurang mengunakan khidmatnya.

Arsene Wenger dalam satu temubual menyuarkan kebimbangan bahawa tahun-tahun terbaik Mesut Ozil disia-siakan di Arsenal dan mendesak Mikel Arteta ‘untuk melibatkannya lagi’.

“Saya rasa itu adalah satu pembaziran untuknya,” ujar Wenger

“Pertama kerana dia berada di tahun-tahun di mana pemain  yang berbakat sepertinya berada dikemuncak.

“Dan ini juga sia-sia untuk kelab kerana dia adalah pemain berbakat besar, kreatif yang pada sepertiga terakhir permainan dapat membuat hantaran maut .

“Cara bola sepak berjalan pada masa ini memberi penekanan kepada quick counter-pressing, quick transitions dan semua orang bermain dengan cara yang sama. Ini menyingkirkan pemain seperti Ozil. Tetapi jangan lupa siapa lelaki ini. Juara dunia yang pernah bermain di Real Madrid.

“Dia pemain dengan rekod assists terbaik, jadi anda harus mencari jalan untuk melibatkannya lagi.”tegas Wenger.

Ozil dibawa masuk dari Real Madrid pada tahun 2013, dengan nilai perpindahan sekitar 42,5 juta pounds. Ozil telah bersama The Gunners

Selama tujuh tahun dan berjaya menjaringkan 44 gol dan 77 assists dalam 254 penampilan.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*