Inter Milan Berharap Untuk Mendapatkan Kun Agüero Tanpa Perlu Membayar Yuran Perpindahan.

Kontrak penyerang Argentina itu bersama Manchester City bakal berakhir pada 30 Jun 2021.

Inter Milan antara kelab yang berminat membawa Kun Agüero ke Serie A tanpa perlu membayar yuran perpindahan memandagkan kontarknya yang bakal berakhir.

Menurut laporan akhbar Itali, Inter bersedia menawarkan kontrak dua tahun kepada Agüero dengan pilihan tambahan gaji tahunan sebanyak lapan juta euro.

Namun terdapat beberapa spekulasi mengatakan Agüero bakal pulang ke Argentina dan kembali menabur jasa di kelab pertamanya, Independiente.

Pengendali Inter, Antonio Conte dilihat bersungguh-sungguh ingin mendapatakan khidmat Agüero.

Conte mahukan penyerang berusia 32 itu mengantikan rakan senegaranya Lautaro Martínez yang dikaitkan bakal berpindah ke Barcelona.

Ejen Lautaro Martínez menegaskan pemain itu masih berada di pasaran, dengan mengatakan baru-baru ini, “Kami belum duduk untuk membincangkan pembaharuan kontraknya” Sekiranya Lautaro pergi, Agüero adalah pilihan pertama Conte untuk menggantikannya.

Memandangkan kedudukan kewangan yang semakin sulit, akibat pandemik COVID-19, Inter akan menunggu sehingga tahun hadapan untuk mendapatakan Agüero tanpa sebarang kos perpindahan.

Sergio Agüero telah melengkapkan musim kesepuluh bersama Manchester City yang disertainya pada tahun 2011 dari Atlético Madrid.

Sergio Agüero telah tampil 370 kali bersama City dan berjaya menjaringkan 254 gol, memenangi empat gelaran Liga Perdana dan Piala FA.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*