“Project Big Picture” Bakal Memberi Kuasa Veto dan Pengaruh Besar Kepada The “Big Six”

Rancangan untuk mengurangkan jumlah pasukan Liga Perdana dari 20 menjadi 18 pasukan sahaja mengundangkan bantahan dan kritikan keras pelbagai pihak.

Kerajaan UK turut mengecam keras rancangan yang dilaporkan didorong oleh Manchester United dan Liverpool itu untuk merombak Liga Perdana Inggeris dan bola sepak kelab Inggeris.

Tindakan Pengerusi EFL Rick Parry yang menyokong usul dua kelab gergasi EPL itu dilihat akan memberikan dampak signifikan bagi bola sepak Inggeris.

 

Memetik sebuah laporan sebuah akhbar menyebut satu proposal yang disebut “Project Big Picture”, telah memperincikan beberapa perkara termasuk mengurangkan jumlah pasukan di Liga Perdana dari 20 kepada 18 pasukan dan bakal menghapuskan prinsip satu kelab, satu undi.

Ianya dilihat akan memberikan kuasa yang lebih besar kepada sembilan pasukan yang paling lama dalam EPL.

Pasukan “big six” akan memiliki kuasa veto dan pengaruh besar dalam dalam pelbagai isu, termasuk pemilik baru yang berpotensi mengambil alih kelab lawan.

Selain itu juga, “Project Big Picture”, ini merangkumi aspek sokongan dan pakej ransangan akibat wabak pandemik COVID-19 yang banyak menjejaskan kelancaran liga.

Pakej ransangan bernilai £ 250 juta akan diperuntukkan kepada Liga Bola Sepak Inggeris (EFL), manakala £ 100 juta kepada Persatuan Bola Sepak.

Manakala 25 peratus daripada pendapatan tahunan Liga Perdana akan disalurkan ke EFL, dan yang mendukacitakan Piala Liga Inggeris (Carabao Cup) dan Community Shield dihapuskan.

Walaupun menerima pelbagai kecaman dan digelar sebagai “rundingan pintu balakang” Pengerusi EFL, Rick Parry Parry mengesahkan perbincangan mengenai “Project Big Picture” telah

berlangsung selama beberapa waktu tetapi menegaskan tekanan kewangan akibat pandemik COVID-19 telah mempercepat perlunya tindakan transformatif.

“Melalui penstrukturan semula yang dicadangkan ini, kami bertujuan untuk memperkuat mereka yang paling memerlukannya pada saat mereka sangat memerlukannya. Ini adalah mengenai

membangun apa yang baik dan memanfaatkan apa yang berfungsi dengan baik agar dapat memanfaatkan permainan secara keseluruhan, sementara secara bersamaan menangani masalah yang

menyusahkan kita semua.

“Ini adalah blueprint untuk masa depan bola sepak Inggeris dan untuk semua orang yang menghargainya.”

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*