Kevin De Bruyne ‘Tidak Kisah’ Jika Messi Ada Atau Tidak Di Manchester City.

Kevin De Bruyne mengatakan bahawa dia tidak kisah sama ada Lionel Messi bergabung dengan Manchester City atau tidak.

Bagi Pemain tengah Manchester City itu, tanpa Messi pun City telah mempunyai pemain-pemain yang hebat.

Messi menuntut untuk meninggalkan Barcelona musim panas ini disebabkan beberapa isu.

Namun Barcelona berkeras untuk melepaskannya sehingga  kontraknya berakhir pada tahun 2021. Kecuali terdapat kelab yang mampu menebus klausa pembelian bernilai 700 juta euro.

Spekulasi mengenai kemungkinan Messi meninggalkan Barca kembali hangat setelah sepi beberapa bulan ini.

Embed from Getty Images

Desas-desus bahawa Barca bakal memulakan proses rundingan pemotong gaji pemainnya untuk kali kedua, bakal merisikokan kelab untuk kehilangan pemain secara percuma.

Dimana pemain berkemungkian akan menolaknya atau meminta dibebaskan dari kontrak mereka selaras dengan undang-undang dalam Statut Pekerja.

Ini bermakna pemain berpeluang untuk meninggalkan  kelab secara percuma dan keadaan ini akan membuka peluang kepada Lionel Messi dan menghidupkan kembali spekulasi untuk meninggalkan Camp Nou.

Dengan kedudukan kewangan dan dana yang besar serta hubungan rapat antara Messi dan Pep Guardiola, Man City dilihat antara pasukan berpotensi untuk menandatangai bintang Argentina itu.

Walau bagaimanpun, Kevin De Bruyne yang juga Pemain Terbaik PFA tidak terlalu memikirkan spekulasi kedatangan pemenang Ballon d’Or enam itu ke Etihad Stadium

“Sekiranya anda dapat membawa Messi ke pasukan anda, anda akan selalu melakukannya. Saya dapat melihatnya dari perspektif bermain dan terutamanya sebagai kelab.

“Dari segi perniagaan, jumlah penaja dan wang yang akan menariknya sangat besar.

“Walaupun anda akan membayarnya banyak wang, dengan cara tertentu anda akan mendapatkannya kembali. Oleh itu, saya dapat memahami keputusan (untuk mencuba) dalam hal itu. ”

“Saya tidak peduli. Saya betul-betul tidak. Sekiranya dia datang, ia akan membantu kita kerana, bagi saya, dia telah menjadi pemain terbaik sepanjang masa..” ujar De Bruyne.

Kevin De Bruyne antara pemain terbaik yang pernah dimiliki Man City. Bagi mengekalkannya bertahan di Etihad Stadium, Man City dilaporkan telah menawarkan kontark baharu kepadanya.

Walau bagaimanapun, laporan tersebut dinafikan dan De Bruyne sendiri tidak menyedari dari mana timbulnya khabar angin tersebut.

Embed from Getty Images

De Bruyne menegaskan bahawa beliau belum mengadakan sebarang perbincangan dengan The Citizens mengenai masa depannya.

“Saya sangat gembira di kelab, saya boleh katakan sekarang saya tidak pernah bercakap dengan kelab sehingga saya tidak tahu mengapa orang mengatakan bahawa saya sudah bersetuju dengan sesuatu.

“Saya selalu memberitahu semua orang bahawa saya sangat gembira di kelab dan saya berasa selesa jadi jika orang-orang di kelab ingin bercakap dengan saya, saya terbuka untuk itu dan kita akan melihat apa yang berlaku.

“Tetapi pada masa ini tidak ada yang terjadi..”ujar De Bruyne.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*