Frank Lampard Mahukan Marten de Roon Di Stamfrod Bridge.

Walaupun telah memiliki skuad yang dibanjiri bintang-bintang muda yang berbakat, Frank Lampard dilihat belum berhenti untuk membawa masuk beberapa pemain baharu lagi.

Chelsea telah melakukan perpindahan besar di awal musim 2020/2021 ini. Tujuh pemain baru didatangkan, dengan Kai Havretz menjadi pemain paling mahal yang dibawa masuk.

Selain bintang muda  Jerman itu, Chelsea juga berjaya merekrut pemain muda berbakat besar lain seperti Hakim Ziyech dan Timo Werner.

Selain itu, beberapa pemain berpengalaman seperti Thiago Silva dan Edouard Mendy juga berjaya dibawa masuk.

Walau pun  telah berbelanja besar, prestasi Chelsea awal musim ini dilihat masih kurang stabil. Dalam empat perlawanan EPL, The Blues merekodkan dua kemenangan, satu seri dan satu kalah.

Lampard dilaporkan meminta Chelsea untuk membawa masuk seorang lagi pemain asal Belanda iaitu Marten de Roon.

Kegagalan Chelsea mendapatkan Declan Rice dari West Ham, telah memaksa Lampard mencari calon baharu, Marten de Roon dilihat antara calon yang paling sesuai.

Marten de Roon pernah bermain bersama Middlesbrough. Namun setelah berpindah ke Atalanta, Marten de Roon menjadi pemain penting dan utama untuk kelab Serie A itu.

Marten de Roon yang juga pemain pasukan kebangsaan Belanda dinilai mempunyai gaya permainan yang diinginkan Lampard.

Peluang Chelsea untuk mendapatkan Marten de Roon agak cerah memandangkan kontrak  pemain berusia 29 tahun itu bersama Atalanta bakal berakhir pada Jun 2021 dan dilaporkan belum memperbaharui kontraknya lagi.

Sementara itu, keinginan  The Blues untuk mendapatakan Declan Rice kini semakin sukar apabila West Ham telah mengajukan kontrak baharu kepada Declan Rice dengan menaikkan gajinya hingga dua kali ganda.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*