Rumah Cristiano Ronaldo Bernilai £ 7 Juta Dimasuki Pencuri.

Rumah  bernilai bernilai 7 juta pound di Madeira dilaporkan telah dipecah masuk pencuri ketika Ronaldo  bermain untuk Portugal pada malam Rabu.

Ketika kejadian, pasangan Ronaldo, Georgina Rodriguez dilaporkan tiada dirumah kerana menghadiri Fashion Week di Paris.

Menurut laporan media, pencuri tersebut didakwa masuk kedalam rumah, setelah salah seorang kakitangan Ronaldo membuka garaj.

Polis dikatakan sedang melakukan penyiasatan dan telah mengenal pasti suspek yang terlibat.

Suspek tersebut digambarkan sebagai seseorang yang sudah dikenal mereka, berdasarkan rakaman CCTV. Walau bagaimanapun belum ada tangkapan dilakukan.

Namum tidak dapat dipastikan samada ibu Ronaldo, Dolores atau abangnya Hugo, yang kedua-duanya turut tinggal dirumah tersebut berada di dalam rumah semasa kejadian.

Rumah yang bernilai £ 7juta dibeli pada tahun 2015 dengan pemandangan laut yang luar biasa, serta dua kolam renang bersaiz Olimpik, jakuzi dan padang bola selepas pengubahsuaian selama empat tahun.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*