Man Utd Dilaporkan Telah Berhubung Dengan Mauricio Pochettino Dan Mempertimbangkan Untuk Menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Spekulasi mengenai Mauricio Pochettino yang dikatakan bakal mengantikan Ole Gunnar Solskjaer telah didengari sejak musim 2019/2020 lagi.

Pada awal musim tersebut, prestasi United agak terumbang-ambing dan selaku kelab gergasi dil EPL ianya agak mengecewakan.

Man Utd sempat terperesok di tangga 10 liga sehingga #OleOut mula membanjiri media sosial.

Namun semua berubah dengan kembalinya beberapa pemain seperti Anthony Martial dari kecederaan dan kehadiran bintang baru mereka Bruno Fernandes.

The Red Devils kembali mengukuhkan kedudukan di persada liga dan mengakhirkan kempen liga mereka di kedudukan ke-3 liga pada musim 2019/2020.

Kepercayaan kepada Ole Gunnar Solskjaer juga kembali kukuh dan nama Pochettino kian tenggelam.

Namun awal musim ini prestasi Man Utd agak tidak menyakinkan dari 3 perlawanan setakat ini, United hanya menang sekali dengan dua kekalahan.

United tumbang keatas  Crystal Palace di halaman sendiri dan nyaris kehilangan 3 mata penuh apabila menang tipis 3-2 keatas Brighton.

Namun apa yang lebih parah lagi apabila The Red Devils tewas 6-1 keatas Tottenham Hotspur di halaman sendiri.

Rentetan daripada itu, posisi Solskjaer  dilaporkan kian terancam dan nama Pochettino kembali dikaitkan untuk menggantikannya.

Walau bagaimanapun sebahagian penyokong United yakin dengan kehadiran beberapa pemain yang baharu ditandatangani seperti Edison Cavani dan Alex Telles, United akan kembali ke landasan yang betul.

Namun United dilaporkan telah menghubungi Pochettino yang kini tidak mengendalikan mana-mana kelab lagi.

Pengurus kelahiran Argentina itu Pochettino tidak bekerja sejak pemecatannya oleh Tottenham, walaupun dikaitkan dengan banyak kelab termasuk Arsenal, Barcelona dan Man City.

Pochettino antara calon utama menggantikan Solskjaer memandang kejayaan beliau membawa Sprus  ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2018 lalu meskipun dalam keadaan budjet yang terhad pada bursa perpindahan.

Mantan penyerang Manchester United dalam bual bicara talkSPORT Breakfast, Alan Brazil percaya Pochettino akan menjadi calon  ‘sempurna’ untuk bekas kelabnya.

“Saya fikir ia adalah tugas yang terlalu besar untuk Ole Gunnar Solskjaer, tetapi kemudian mereka meneruskan perjalanan dengan baik dan mengakhiri musim [2019/20] dengan baik [di tempat ketiga].

“Kita semua menyangka United akan kembali diatas -” ia akan menjadi musim terbaik musim depan “- cukup adil untuk bertahan dengan Ole dan dia sudah menghasilkan sesuatu … tetapi kita kembali semula di sini lagi.

“Pochettino masih tersedia, dan anda lihat saja CVnya dan ia hebat….”ujar Alan Brazil.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*