Mohamed Salah Menyelamatkan Lelaki Gelandangan Daripada Diganggu

Mohamed Salah menyelamatkan lelaki gelandangan daripada diganggu.

Mohamed Salah menunjukkan sikap terpuji apabila bertindak menghentikan sekumpulan pemuda daripada mengganggu seorang gelandangan dan kemudian memberikannya £100.

Ketika kejadian, Penyerang Liverpool itu berada di sebuah stesen minyak berhampiran Anfield dan menyaksikan kumpulan pemuda mengejek seorang gelandangan.

Salah bertindak menegur dan memberi amaran kepada kumpulan pemuda agar  menghentikan perbuatan mereka.

Gelandangan  tersebut sempat menceritakan persitiwa yang terjadi kepada pihak wartawan.

“Mo sangat hebat sama seperti ketika beraksi diatas padang bersama Liverpool.”

“Dia mendengar apa yang dikatakan sekumpulan pemuda kepadaku, lalu menoleh ke arah mereka dan berkata, ‘Itu mungkin kamu dalam beberapa tahun.

“Saya tahu saya tidak berhalusinasi ketika Mo memberikan £100 kepada saya. Lagenda yang hebat.” ujar gelandangan itu.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*