Barcelona Terpaksa Memotong Gaji Pemainnya Dan Berisiko “Pemainnya Pergi Secara Percuma”.

Barcelona dilaporkan telah memulakan proses pemotong gaji semua kakitangan mereka termasuk pemain pasukan utama.

Akibat dari wabak coronavirus yang berterusan telah memberi tekanan kepada kewangan kelab.

Barca dilaporkan mengalami kerugian hampir mencecah £ 88 juta.

Pada bulan Mac lepas, The Catalan telah berunding untuk memotong 70 peratus daripada gaji pemain bintang mereka berikutan pembatalan perlawanan bola sepak akibat pandemik Covid-19.

Namun begitu rundingan pemotongan gaji kali kedua ini sangat rumit dan berisiko tinggi.

Dimana pemain berkemungkian akan menolaknya atau meminta dibebaskan dari kontrak mereka selaras dengan undang-undang dalam Statut Pekerja.

Ini bermakna pemain berpeluang untuk keluar daripada kelab secara percuma.

Keadaan ini akan membuka pintu kepada Lionel Messi dan menghidupkan kembali spekulasi untuk meninggalkan Camp Nou.

Messi adalah individu yang terlibat dalam runding pemotong gaji pertama dan sejak itu beliau dilihat mulai lantang mengkritik pihak pengurusan.

Jendela perpindahan kali ini, Barca hanya menandatangani beberapa pemain  utama sahaja seperti Miralem Pjanic dan Sergino Dest serta dua pemain muda Pedri dan Francisco Trinaco.

Berikutan beban kewangan yang dihadapi, Barca terpaksa melepaskan beberapa pemain bintang mereka seperti Luis Suarez, Arturo Vidal, Ivan Rakitic, Nelson Semedo dan Arthur.

 

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*