Mampuhkah Cavani Mengakhiri ‘Sumpahan No.7 Man Utd’ ?

Jersi No.7 di Manchester United mempunyai status ikonik. Selama bertahun-tahun, beberapa pemain terhebat telah mengenakan jersi ini dan mencatat nama mereka dalam sejarah gemilang kelab.

Dari legenda seperti Nobby Stiles, George Best, Bryan Robson, hingga ke pemain hebat Liga Perdana Inggeris seperti Eric Cantona, David Beckham dan Cristiano Ronaldo, jersi No.7 di Manchester United secara tradisi dipakai oleh pemain hebat dalam sejarah bola sepak.

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, para pemain yang memakai jersi No.7 dilihat gagal memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh pendahulunya dan mencalar tradisi kegemilangan jersi No.7.

Sejak pemergian C.Ronaldo pada tahun 2009, bermulalah episod yang digelar sebagai “Sumpahan No 7 Man United”.

Lima pemain telah diberi jersi No.7 selepas itu tidak seorang pun dari mereka yang dapat mengekalkan reputasi kegemilangan jersi tersebut.

Edinson Cavani yang berstatus ejen bebas telah sah milik Manchester United dan dilaporkan bakal menyarung jersi ‘keramat’ itu.

Mungkinkah kehadiran Edison Cavani di Old Trafford akan mengakhiri “Sumpahan No.7 Man United” ini.

Mengikut beberapa fakta pemain-pemain menyarung jersi nombor 7 selepas era C.Ronaldo hanya menjaringkan 13 gol dalam 138 perlawanan liga dan ini cukup mengejutkan .

Nama-nama seperti Di Maria, Memphis Depay dan Alexis Sanchez dilihat gagal menjalankan tugas sebagai no.7 United.

Mungkinkah Cavani sebaliknnya? Atau adakah faktor umur dan karier yang kini berada di penghujunnya bakal menghambat untuk mengakhiri “Sumpahan No 7 Man United”.

Cavani berjaya menjadi penjaring terbanyak PSG sepanjang masa dengan 200 gol dalam lebih 300 penampilan di semua pertandingan.

Solskjaer dalam satu kenyataan melabel pemain veteran Uruguay berusia 33 tahun itu sebagai ‘pemain profesional berpengalaman yang sentiasa memberikan segalanya untuk pasukan’.

“Rekod jaringannya bersama negara dan kelab adalah luar biasa dan kami berasa gembira untuk menandatangani pemain dengan kekuatan seperti ini,” ujar Solskjaer.

“Dia akan membawa tenaga, kekuatan, kepimpinan dan mentaliti yang hebat ke dalam pasukan, tetapi apa yang paling penting, dia akan membawakan gol untul kami.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*