Edinson Cavani Ke Old Trafford

Manchester United telah mencapai kesepakatan untuk perjanjian dua tahun dengan penyerang Uruguay, Edinson Cavani, menurut lapor Perancis L’Equipe pada hari Sabtu.

Cavani berstatus ejen bebas setelah meninggalkan juara Ligue 1 PSG pada akhir kontraknya pada bulan Jun.

Sebagai ejen bebas, Cavani masih bebas untuk menandatangani kelab baru di luar jendela perpindahan, tetapi media Perancis melaporkan kesepakatan itu akan diselesaikan sebelum tarikh akhir pertukaran Isnin.

Pemain berusia 33 tahun itu berjaya menjadi penjaring terbanyak PSG sepanjang masa dengan 200 gol dalam lebih 300 penampilan di semua pertandingan.

El Matador dijadualkan tiba di Manchester bagi pemeriksaan perubatan pada hari Ahad sebelum diumunkan secara rasmi oleh The Red Devils.

Cavani dilihat akan memberi kelebihan kepada skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pemain yang berpengalaman dalam serangan bagi  menghadapi saingan domestik dan eropah.

Cavani bahkan boleh membuat debut menentang bekas kelabnya ketika United membuka kempen Liga Juara-Juara menentang PSG pada 20 Oktober ini.

Menjelang penutupan jendela perpindahan pada Isnin ini, United dikritik oleh peminat kerana kurangnya aktiviti di pasaran perpindahan.

Pemain tengah Belanda, Donny van de Beek adalah satu-satunya pemain yang menandatangani perpindahan United setakat ini.

Selain itu United bakal meminjamkan beberapa pemainnya seperti  Andreas Pereira yang telah bergabung dengan Lazio dalam perjanjian pinjaman sepanjang musim.

Pemain pertahanan Portugal, Diogo Dalot juga dikaitkan dengan perpindahan ke Serie A dan proses pinjaman ke AC Milan hampir selesai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*