Hazard Cedera Lagi, Berkemungkinan Terlepas El Clásico di Camp Nou

Kehadiran kelibat Eden Hazard di Santiago Bernabéu  amat dinanti-nantikan  setelah berehat panjang akibat kecederaan. Namun apa yang mendukacitkan Hazard disahkan kembali cedera.

Pasukan perubatan Real Madrid mengesahkan pemain kebangsaan Belgium itu mengalami “kecederaan otot pada kaki kanannya” dan memerlukan tempoh pemulihan selama 3 hingga 4 minggu.

Tempoh pemulihannya juga akan bergantung pada bagaimana kecederaan itu berkembang jelas laporan perubatan.

Hazard tidak diturunkan ketika menentang Valladolid semalam dan bakal terlepas beberapa perlawanan lain lagi antaranya perlawanan menentang Levante, Cádiz pada 18 Oktober dan El Clásico

di Camp Nou pada 25 Oktober ini.

Laporan perubatan yang mengesahkan kecederaan Hazarad sangat mengejutkan. Ini kerana kerana Hazard dilihat berlatih seperti biasa semalam tanpa masalah dan Zidane ketika  sidang media menjelaskan bahawa Hazard menunjukkan perkembangan baik dan beliau jelas gembira.

“Saya rasa dia sudah hampir kembali,” kata bos Madrid itu pada sidang media Hazard sebelum perlawanan.

“Dia sudah bersedia dan berlatih dengan baik bersama pasukan. Masalahnya ialah dia belum dapat banyak latihan sehingga sekarang , tetapi sekarang dia kembali berlatih secara berkala. Jadi, kita akan melihat apa yang berlaku. ”

Selain itu juga Hazard pada awal dimasukkan dalam senarai skuad menentang Valladolid, selain disenarikan oleh Roberto Martínez bagi perlawanan Beligum menentang England pada 12 Oktober.

Hazard melengkapkan perpindahan ke Madrid dari Chelsea dengan yuran perpindahan sekitar  € 100 juta (£ 91 juta / $ 117 juta) pada musim panas lalu.

Tahun pertamanya di Santiago Bernabéu diselubungi dengan masalah kecederaan dan kecergasan.

Pemain berusia 29 tahun itu hanya mencetak satu gol dalam 22 penampilan pertamanya untuk kelab gergasi Sepanyol itu dan belum tampil untuk kelab itu pada awal musim ini.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*