Barcelona Sedia Melepaskan Dembélé Ke Manchester United

Barcelona dilaporkan bersetuju melepaskan Ousmane Dembélé  bagi membuka jalan rundingan untuk mendapatkan Memphis Depay dari Lyon.

Depay merupakan antara pemain yang paling dikehendaki Ronald Koeman sejak dilantik sebagai pengurus Blaugrana.

Barça dilaporkan bersedia melepaskan Dembélé dengan yuran perpindahan sekitar  50 hingga 60 juta euro dan ianya juga bakal mengurangkan beban bayaran gaji yang sangat ketara.

Koeman dalam komentarnya mendedahkan untuk mendapatkan Depay, mereka perlu menjual seorang pemain bagi menampung kos pembelian tersebut.

“Agar Depay tiba, anda mesti menjual terlebih dahulu.” ujar Koeman kepada wartawan.

Dembélé tiba di Barça dari Borussia Dortmund dengan yuran perpindahan sekitar 145 juta euro pada musim panas 2017 lalu, berikutan pemergian Neymar ke Paris Saint-Germain.

Sejak berpindah ke La Liga, pemain berusia 23 tahun itu sering dilanda kecederaan dan hanya mampu membuat 75 penampilan dalam semua pertandingan selama tiga tahun di Barça.

Dembélé melakukan penampilan pertama musim ini ketika kemenangan Barça 4-0 keatas Villarreal di Camp Nou.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*