Ansu Fati Generasi Era Baru Barcelona

Ronald Koeman mencetuskan permulaan era baru di Barcelona apabila memulakan kempen pertamanya di La Liga dengan kemenangan 4-0 keatas Villarreal.

Apa yang menjadi sorotan dalam perlawanan tersebut ialah apabila berjaya menonjolkan bintang muda mereka yang baru berusia 17 tahun iaitu Ansu Fati.

Ansu Fati  “Barcelona wonderkid” berjaya  mencuri tumpuan apabila berjaya menjarikan dua gol dan satu assist dalam perlawanan yang diadakan di Camp Nou itu.

Dalam perlawanan tersebut Ansu Fati dilihat selesa digandingan dengan pemain senior seperti Messi, Coutinho dan Griezmann dalam sistem baru yang diperkenalkan Koeman.

Ia juga menandakan perancangan Koeman ingin “meremajakan”  pasukan Barca dengan menonjolkan pemain-pemain muda mula menampakan hasil.

Ansu Fati mendedahkan Messi yang juga merupakan pemain idolanya banyak membantunya berkembang sehingga kini.

“Bermain dengan Messi adalah impian saya sejak saya masih kecil dan sekarang saya menjalaninya,”

“Dia memberi saya banyak nasihat, dia banyak membantu saya di padang dan dalam latihan, malah lebih dari itu dan ia membuat saya sangat gembira.” ujar Ansu Fati.

Ketiadaan Suarez pada musim ini dilihat akan memberi banyak peluang kepada penjaring gol termuda Barca itu untuk menonjolkan bakatnya.

“Saya ingin terus meningkat setiap hari, untuk terus belajar dari rakan sepasukan kerana mereka adalah yang terbaik dan mereka berusaha menolong saya setiap hari,” tambahnya.

Ronald Koeman dalam komentarnya mendedahkan, beliau telah memberi peringatan kepada Ansu Fati ketika aksi perlawanan pra-musim terakhir menentang Elche.

Dan ternyata Ansu Fati pantas berkembang dan memuji pergerakannya dan penamat klinikal ketika menentang Villarreal.

Sorotan video gol Ansu Fati ketika menentang Villareal.

“Saya pernah mengecamnya ketika aksi menentang Elche tetapi hari ini saya memberitahunya bahawa dia mempunyai permainan hebat, pantas dan kami memanfaatkan kualitinya,” ujar Koeman.

“Dia pemain muda yang harus tampil untuk berprestasi secara konsisten dan dia menunjukkan dia mempunyai masa depan yang hebat dan saya sangat gembira selepas perlawanannya hari ini.” tambannya lagi.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*