Pep Guardiola: Pemain Buka Mesin

Menjelang pertemuan Manchester City menentang Leicester City di Stadium Etihad, Pengendali City, Pep Guardiola menuduh pihak berkuasa bola sepak gagal dalam mengatur jadual perlawanan.

Jadual padat dan waktu rehat yang singkat telah diperkenalkan musim ini ekoran penangguhan saingan musim 2019-20 ekoran pandemik Covid-19.

Guardiola menegaskan pemain bakal berhadapan dengan keletihan disebabkan kurangnya masa rehat dan tempoh pemulihan yang singkat daripada kecederaan.

Beliau juga menegaskan yang pemainnya bukannya mesin dan memerlukan masa untuk rehat dan berlatih secukupnya.

Keadaan ini juga memaksa pemain lebih berhati-hati dan mengelak daripada kecederaan.

City yang menerima kunjungan Leicester City bakal beraksi tanpa kelibat beberapa pemain utamanya  seperti Sergio Aguero, Bernardo Silva, Joao Cancelo dan Oleksandr Zinchenko yang masih bergelut untuk pulih dari kecederaan.

Pemain-pemain City terpaksa mengharungi jadual pertandingan yang panjang, apabila beberapa pemainnya mewakili negara masing-masing dalam UEFA Nations League 2020, kemudian  perlawannan pramusim dan EFL Cup.

Pep Guardiola menyelar jadual perlawanan yang singkat dan ketat ini dengan berkata, “Tiada kisah mengenai pemain, segalanya adalah mengenai perniagaan. Itulah realiti sebenar.

 

Like Facebook Skill Bola.Sokongan Anda Kami Amat Hargai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*