Diego Simeone Mahu Suárez Jadi Seperti Falcao, Pemangkin Kejayaan Pasukan

Kehadiran Suárez di Wanda Metropolitano disambut positif oleh pengendali Atlético Madrid, Diego Simeone.

” Kedatangan Suarez mendorong kami untuk terus berkembang,” ujar Simeone kepada wartawan, setelah mengesahkan kehadiran Suárez dalam pasukannya.

Simeone yakin, kehadiran Suárez akan memberi satu kelebihan kepada pasukannya dalam memburu gelaran La Liga.

Beliau berharap pemain asal  Uruguay itu dapat meningkatkan prestasinya menjaringkan gol bagi membolehkan pasukannya kembali sebagai pencabar utama dalam saingan La Liga.

Suárez melengkap perpindahannya dari Barcelona dengan yuran perpindahan € 6 juta berserta kontrak selama dua tahun.

Suárez merupakan penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah kelab Barcelona bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan Álvaro Morata.

Saksikan sorotan video gol Suárez pada debut pertamanya bersama Atlético Madrid.

Beliau berjaya mencetak 198 gol dari 283 penampilan bersama Barcelona dan membantu Barca meraih 13 kejuaraan sepanjang enam musim bersama.

Berita perpindahan Suárez dari Barca dibayangi pellbagai isu kontraversi bermula dengan isu kegagalan untuk bermain di Itali hinggalah ke isu kirtikan Messi terhadap pengurusan Barca mengenai cara mereka mengendali perpindahan Suárez.

Hasrat Suárez untuk keluar dari Barca bermula apabila  Ronald Koeman memintanya mencari kelab baharu memandangkan beliau tidak menyenarikannya dalam perancangan untuk musim ini.

Walau bagaimanapun, Koeman dalam sidang medianya menafikan perkara tersebut. Beliau mendedahkan keputusan untuk memindahkan bekas bintang Liverpool itu sudah dibuat sebelum beliau tiba lagi.

Simeone sangat optimis kehadiran Suárez akan memberi suntikan baharu, walaupun beliau bakal berdepan dengan kesukaran untuk memilih posisi penyerang dalam kesebelasan utama pasukannya.

“Dia akan memberi kita persaingan dalaman. Dia adalah penyerang yang memiliki kekuatan ofensif yang mengkagumkan dan semoga dia dapat terus menghasilkan angka yang telah dia lakukan pada masa lalu.

“Saya akan ikhlas dengan anda, dia yakin bahawa ini adalah tempat di mana dia dapat menunjukkan bahawa dia adalah penyerang terkemuka,” tambah Simeone.

“Saya berharap dia akan memberi kita kembali pilihan yang kita miliki ketika kita memiliki Falcao terbaik, Costa terbaik atau Griezmann terbaik. Itu berarti semakin dekat dengan kejayaan yang diinginkan semua peminat.” ujar Simeone lagi.

 

Like Facebook Page SkillBola. Sokongan Anda Amat Kami Hargai

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*