Kemana Destinasi Seterusnya Kylian Mbappe, Liverpool atau Real Madrid ?

Kebelakangan ini masa depan Kylian Mbappe bersama Paris Saint-Germain(PSG) menjadi sorotan media-media sukan eropah.

Mbappe tanpa berselindung telah menyatakan hasratnya kepada PSG untuk berpindah akhir musim 2020/21 ini.

Mbappe menyatakan alasannya ingin mencari mencabar baru dengan bermain di liga yang lebih kompititif seperti La Liga dan EPL.

Di usia yang baru menjejak 21 tahun, Kylian Mbappe telah berjaya mencetak 91 gol dari 125 penampilan bersama PSG.

Mbappe telah meraih pelbagai anugerah dan gelaran berpestij seperti Juara Piala Dunia 2018, Pemain Terbaik Liga Prancis 2018/19 dan Top Scorer France Ligue 1 2019/20.

Maka tidak menghairankan  jika  Mbappe menjadi buruan kelab-kelab besar eropah seperti Liverpool dan Real Madrid.

Dalam satu komentar, Mbappe menyatakan mengkagumi gaya permainan Liverpool di bawah kendalian Jurgen Kloop dan turut mengidolakan pengendali Real madrid, Zinedine Zidane.

Dan ini menguatkan lagi spekulasi Liverpool dan Real Madrid merupakan antara destinasi seterusnya Mbappe.

Kedua-dua kelab tersebut dilaporkan telah pun menghubungi PSG.

Liverpool dalam satu laporan media mendedahkan Juergen Klopp  telah menghubugi ayah Mbappe  untuk meyakinkannya ke Anfield.

Hasrat Real Madrid untuk mendapatkan Mbappe telah berjalan setahun yang lalu, Kedekatannya dengan pengendali Real Madrid, Zinedine Zidane menjadi potensi besar untuk Los Blancos mendapatkan tandatangan bintang muda Perancis itu.

Namun, pandemik Covid19 yang berlaku telah menghambat rundingan kedua-dua kelab tersebut untuk mendapatkan Mbappe.

PSG dilaporkan meletakan yuran perpindahan sekitar 300 juta euro kepada mana-mana kelab-kelab yang ingin mendapatkan Mbappe.

Mbappe menyertai PSG dari Monaco pada tahun 2017 dengan yuran perpindahan sekitar 180 juta euro dan merupakan yuran perpindahan kedua termahal selepas Neymar.

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*