Selain Thiago Alcantara, Pembelian Diogo Jota Turut Mendapat Pujian

Berbanding pasukan lain, Liverpool dilihat sangat berhati-hati pada bursa perpindahan musim ini dengan hanya membawa masuk beberapa pemain penting.

Namun pembelian yang dibuat Liverpool mendapat perhatian dan pujian dikalangan penyokong Liverpool.

Antara yang mendapat perhatian ialah apabila The Reds berjaya membawa masuk Thiago Alcantara dari Bayern Munich.

Thiago segera membuktikan keupayaan apabila berjaya membantu Liverpool menewaskan Chelsea 0-2 di Stamford Bridge.

Selain Thiago, salah satu pembelian bijak yang dilakukan Liverpool ialah mengikat bintang muda yang sedang meningkat naik iaitu Diogo Jota dari Wolverhampton.

Selain usia yang baru mencecah 23 tahun, nilai yang terpaksa dibayar oleh The Reds dilihat sangat berbaloi.

Jota akan menjadi sandaran terbaik untuk trio The Reds Salah-Mane-Firmino.

Namun, segelintir penyokong Liverpool menganggap pembelian tersebut satu perjudian memandangkan Jota pemain muda yang baru berkembang.

Mantan pemain Liverpool,Danny Murphy segera membidas kritikan tersebut dengan mengingatkan kembali bahawa dahulu penyokong Liverpool pun pernah meragui pembelian Sadio Mane, yang kini terbukti sebaliknya.

“Hanya waktu yang akan menjawab (apakah pembelian Jota tepat). Mereka (penyokong) pernah meragui Mane dengan nilai 30 juta pounds dari Southampton, lihat sekarang adakah kita akan meragukan penilaian kelab?” ujar Murphy.

“Saya kira Jota adalah pemain yang berada di usia tepat dalam hal perkembangan. Klopp biasanya bisa mengembangkan pemain dengan baik, dan ini adalah pemain yang musim lalu mencetak 17 gol untuk Wolves,” ujar Murphy lagi.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*