Kesilapan Kepa dan Christensen Isyarat Kepada Frank Lampard Fokus Benteng Pertahanan

Chelsea telah membawa masuk beberapa barisan pemain yang cukup berkualiti pada musim ini.

Namun untuk bersaing dengan pasukan besar seperti Manchester City dan Liverpool, The Blues perlu membawa masuk beberapa orang pemain lagi bagi menguatkan barisan pertahanan.

Tempoh bursa perpindahan pemain yang berbaki dua minggu lagi, perlu digunakan sebaiknya oleh Chelsea untuk merekrut pemain pertahanan yang berkualiti.

Kesilapan mudah Kepa dan Christensen dalam perlawanan kedua liga memaksa The Blues berputih mata apabila tewas 0-2 kepada Liverpool di Stamford Bridge.

Kekalahan tersebut juga menunjukkan bertapa Lampard sangat memerlukan penjaga gol dan pertahanan baru.

Maka tidak menghairankan apabila Chelsea dilaporkan sedang berusaha mendapatkan beberapa orang pemain baru antaranya ialah  penjaga gol Rennes, Edourd Mendy.

Penjaga gol berusia 28 tahun, kelahiran Senegal ini dilihat antara prospek terbaik.

Selain itu juga, The Blues juga sedang berusaha untuk merekrut beberapa pemain pertahanan lagi antaranya Jose Gimenez dari Atletico Madrid dan Declan Rice dari West Ham.

Kehadiran kedua-dua pemain ini satu tambahan yang baik bagi dibarisan pertahanan yang bakal diketuai Thiago Silva.

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*