Alasan Thiago Alcantara Memilih Liverpool

Thiago Alcantara secara rasmi telah diumumkan sebagai pemain baru Liverpool. Kehadiran Thiago di Anfield disambut posotif dan dijangka bakal memberi sentuhan berbeza buat The Reds.

The Reds berjaya mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu dari Bayern Munich setelah cuba mendekatinya sejak tujuh tahun lalu.

Dengan nilai perpindahan sekitar 30 juta pound dengan prestasi Thiago sekarang, nilai tersebut dianggap berbaloi dan rendah.

Keputusan Thiago untuk meninggalkan kelab sebesar dan berjaya seperti Bayern Munich ternyata menimbulkan persoalan. Sudah tentu keputusan tersebut didorongi alasan yang kukuh.

Thiago akhirnya membuka mulut dan menyatakan alasan memilih Liverpool.

Thiago yakin Liverpool adalah kelab yang tepat untuk membantunya meraih lebih banyak gelaran dan piala di masa mendatang.

Disamping itu, The Reds merupakan sebuah kelab yang besar dengan elemen kekeluargaan yang kuat dan sukar ditemui di kelab lain yang membuatnya tertarik.

“Saya rasa kelab ini sesuai dengan jati diri saya. Saya ingin mencapai semua tujuan dan meraih trofi sebanyak mungkin.” ujar Thiago

“…..ada perasaan kekeluargaan yang saya perlukan sebab saya senang menjalin hubungan yang sangat dekat dengan kelab dan saya rasa saya merasakannya di kelab ini,” ujarannya lagi.

Selain itu juga, status EPL sebagai antara liga terbaik di dunia turut menarik minat beliau ke Anfiled. Persaingan dan cabaran yang bakal dihadapi di EPL menyebabkan beliau tidak sabar untuk memulakan penampilan pertamanya.

“Saya ingin jadi juara di sini, di tahun pertama, di tahun kedua, ketiga, keempat, dan tahun-tahun selama saya di sini,” tegas Thiago.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*