Liverpool Perlu Baiki Pertahanan Atau Hadapi Masalah Di Stamford Bridge

Lagenda Liverpool John Aldridge mengingatkan The Reds agar segera memperbaiki benteng pertahanan mereka menjelang pertemuan dengan Chelsea pada hujung minggu ini.

The Reds memulakan kempen musim baharunya dengan langkah kanan, apabila menewaskan  Leeds United  4-3 di Anfield.


Namun prestasi barisan pertahanan pada perlawanan itu sedikit membimbangkan.

Antara pemain yang menjadi sorotan pada perlawanan tersebut adalah Virgil van Dijk. Bek asal Belanda itu melakukan kesilapan mudah yang membawa kepada gol kedua Leeds.

Pada musim lalu, The Reds antara pasukan yang memiliki pertahanan paling kukuh dengan hanya dibolosi 38 gol sahaja.

Liverpool akan bertandang ke Stamford Bridge, bertemu Chelsea pada perlawanan kedua liga.

Chelsea seperti diketahui telah membelanjakan wang yang banyak untuk membawa pemain-pemain baru bagi menguatkan pasukan mereka.

Lantaran itu, Aldridge berharap agar pasukan The Reds segera memperbaiki benteng pertahanan mereka ketika bertandang ke Stamford Bridge.

“Anda tidak boleh selalu mengharapkan striker untuk memenangkan pertandingan,” ujar Aldridge

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*