3 Ramuan Bakal Menjadikan Chelsea Juara EPL

Menjelang musim baru EPL, Chelsea dilihat telah mempersiapkan pasukannya  dengan sederet rekrut baru yang cukup berkualiti. Meskipun persaingan dijangka cukup sengit, The Blues tetap menjadi pilihan utama merangkul gelaran juara EPL.

Musim lalu, cita-cita Frank Lampard untuk membentuk pasukan mengikut acuannya sendiri terbantut atas faktor sekat yang dikenakan, Walau bagaimanapun, The Blues tetap mampu menduduki 4 pasukan teratas liga.

Musim ini, Lampard kini bebas merelisasikan pasukan yang diinginkannya. Dengan ketibaan beberapa pemain berkualiti dan berbakat besar seperti Ben Chilwell, Thiago Silva, Hakim Ziyech, Kai Havertz dan Timo Werner menjadikan The Blues pasukan yang perlu digeruni.

Kesebelasan Utama Dengan Kualiti Terbaik Disetiap Posisi

Dengan deretan pemain yang berkualiti dan berbakat besar, Lampard perlu memilih Starting XI terbaik untuk The Blues dan ini sudah tentu bukan kerja yang mudah.

Kehadiran pemain seperti Hakim Ziyech, Kai Havertz dan Timo Werner menjadikan barisan hadapan Chelsea menjadi lebih agresif. Begitu juga dengan barisan belakang, Kepa bakal digantikan  dengan Edouard Mendy, sementara Ben Chilwell akan mengambil posisi bek kiri Marcos Alonso.

Lampard juga perlu memanfaatkan dan menemukan keserasian pemain baru dengan bakat sedia ada pasukan seperti Christiian Pulisic dan Manson Mount yang merupakan pemain terbaik pasukan musim lalu.

Ketibaan Kai Havertz  yang  berstatus “wonderkid” bakal bersaing dengan Manson Mount untuk menjadi pilihan utama Lampard.

Melihatkan gaya permainan dan kemampuannya, Pulisic harus dijamin posisinya di sayap kiri jika Lampard memilih untuk terus mengunakan formasi 4-2-3-1, yang ia gunakan musim lalu.

Sementara itu, Werner akan menjadi titik fokus serangan Chelsea dan diharap segera menyinar , sepadan dengan mahar perpindahan sebesar 48 juta poundsterling.

Seiring dengan kehebatannya dalam mencetak gol, pemain kebangsaan Jerman ini juga memiliki kepantasan dan mampu untuk menciptakan peluang.

Memanfaatkan Pengalaman Thiago Silva

Dengan membawa Thiago Silva ke Stamford Bridge, dilihat antara langkah terbaik The Blues musim ini.

Reputasi barisan pertahanan Chelsea musim lalu agak mengecewakan dengan rekod 54 bolos dalam saingan liga.

Hal ini sudah tentu perlu diatasi dengan kehadiran pemain pertahanan yang berkualiti.

Di usia 35 tahun, Silva sudah tentu bukan pilihan jangka panjang Chelsea. Namun pengalaman bermain di Serie A dan Ligue 1 sudah membuktikan kemampuannya untuk beradaptasi.

Silva juga dilihat mampu membimbing Kurt Zouma dan Antonio Rudiger menjadi pemain pertahanan yang kental disamping menstabilkan pertahanan The Blues.

Di luar padang, mantan pemain PSG ini juga akan menjadi sosok berpengaruh di ruang persalinan. Ia bakal jadi sosok yang disegani dan kagumi oleh pemain muda.

Terlepas dari usianya, Silva pasti akan menjadi kesebelasan utama Chelsea kerana kualiti yang dimilikinya berbanding semua pemain lain yang dimiliki Lampard di posisi itu.

Kehadiran Silva di Stamford Bridge mungkin saja menjadi musim terakhirnya di kelab utama Eropah dan sudah tentu memotivasikannya untuk mengakhiri kariernya dengan indah.

Lampard Perlu Segera Menemukan Pasukan Terbaiknya

Prestasi Lampard bersama The Blues untuk musim pertamanya boleh dianggap cemerlang. Lampard berjaya mengharungi EPL ditangga keempat Liga.

Ia juga dipuji kerana keberaniannya membawa masuk pemain muda berbakat dari akademi untuk beraksi dalam pasukan utama.

Namun tiada kepastian seberapa lama  Lampard akan bertahan di Stamford Bridge, memandangkan pemilik Chelsea, Roman Abramovich terkenal gemar menukar pengurus.

Apa yang pasti, menjelang musim baru Roman Abramovich dan Marina Granovskaia menghargai segala usaha Lampard dengan merekrut setiap pemain yang dimintanya.

Chelsea kini memiliki salah satu skuad terkuat di EPL dan antara calon pilihan untuk menjuarai liga.

Kini kunci kejayaan Chelsea ialah seberapa segerakah Lampard akan menemukan pasukan terbaiknya dan membuat para pemain beradaptasi dengan gaya bola sepak yang inginkannya.

Setelah itu semua akan bergantung apakah pemain akan tetap konsisten  sepanjang musim, terutamanya dengan jadual yang padat dan memenatkan.

Apa pun yang terjadi, Lampard sebenarnya telah meletakan satu asas yang kukuh untuk jangka masa yang panjang bagi Chelsea dengan kehadiran ramai pemain-pemain muda berbakat.

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*