Alasan Mengapa Pirlo Layak Sebagai Pengurus Juventus

Selepas memecat Sarri setelah tersingkir dari Kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, Juventus tidak menunggu lama untuk mencari pengurus baharu mereka. Juve menamakan Andrea Pirlo sebagai pengurus pasukan mereka secara rasmi.

Apa yang mengejutkan, lagenda regista Itali ini tidak mempunyai pengalaman sebagai pengurus pasukan, apatah lagi beliau baharu sahaja dilantikan sebagai pengurus pasukan Juventus U-23. Namun begitu tidak kurang juga yang agak optimis dengan perlantikan Pirlo.

Ramai yang menganggap Pirlo adalah orang yang paling layak dan faham tentang falsafah dan hala tuju Juventus. Pirlo menghabiskan 4 tahun kariernya bersama Juve dan berjaya membawa Scudetto kembali ke Turin selepas 9 tahun.

Dengan pengalaman bermain bersama Juventus dan kemampuannya membaca permainan dengan visi yang cemerlang, ia dilihat sebagai bekalan terbaik untuk mengemudi pasukan Juventus.

Selain itu juga, Pirlo dianggap layak mengemudi Juve kerana beliau sudah terbukti memiliki mental sang juara. Sepanjang karier beliau, beliau telah memenangi pelbagai kejuaran berprestij seperti enam gelaran Serie A, dua gelaran Coppa Italia, dua gelaran Liga Juara-Juara dan Piala Dunia bersama pasukan Itali.

Mental dan pengalaman meraih pelbagai kejuaran ini sangat berguna bagi Pirlo membantu Juventus mempertahankan dominasi mereka di Itali dan Eropah.

Dengan melantik Pirlo juga, bermakna Juve tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar memandangkan, Pirlo telah pun mengisi jawatan sebagai pengurus Juventus U-23. Berbanding jika Juve melantik pengendali yang semakin meningkat naik iaitu Simone Inzaghi dari Lazio.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*